Jam telah menunjukkan pukul 6.30 pagi, Mak Kiah telah gusar kenapa anak daranya masih tak bangun lagi.
“Ishhh budak ni tak nak pergi sekolah ke ni…..” ngomel Mak Kiah
“Rina!!! Bangun… jam dah 6.30 ni, kenapa kau tak bangun lagi ni…” jerit Mak Kiah sambil menghidangkan nasi goreng untuk suaminya tersayang Pak Mat.
“Biarkanlah Kiah oiiii… mungkin dia tak nak kesekolah kot…” sampuk Pak Mat
“Ishh abang ni kalau tak sekolah nak jadi apa nanti….” Balas Mak Kiah
“Alaaa sekarang ekonomi kita bukan baik sangat pun… banyak benda nak fikirkan… semenjak resort tu dah tutup sampai hari ni abang cari kerja, tak dapat-dapat…” keluh Pak Mat.
Setelah Sutera Ayu Resort ditutup sehingga hari ni Pak Mat tak bekerja, puas dia mencari kerja kebanyakan syarikat yang dia memohon kerja mengatakan mereka dah tak ambil orang yang berumur.
Pernah satu kejadian Pak Mat bertekak dengan penemuduga di resort bersebelahan resort Pak Mat bekerja “Encik ingat umur saya 46 ni tak boleh bekerja ke?”
“Bukan macam tu maksud saya Encik Muhammad, tetapi sekarang ni banyak persaingan… ramai lagi orang muda yang ingin kan pekerjaan, dalam list saya ni ada 20 orang yang ingin kan kerja…” jelas penemuduga tersebut.
“ermmm ok lah encik…. Dah nasib saya…..” hampa betul Pak Mat mendengar penjelasannya.
Berserabut kepala Pak Mat memikirkan tentang ekonominya. Sumber pendapatan dah hilang, dulu nak kata mewah tak lah tapi dengan pendapatan 500 ringgit sebulan mampu jugalah Pak Mat menanggung keluarganya.
Walaupun Pak Mat mempunyai anak 2 orang sahaja tetapi perbelanjaan besar jugaklah, maklumlah kedua-dua anaknya masih belajar.
Anaknya yang pertama Amin, sekarang melanjutkan pelajaran di Universiti Multimedia, Melaka. Walaupun Amin mendapat pembiayaan biasiswa daripada Telekom tetapi belanja harian 200 ringgit sebulan Pak Mat kirimkan.
“Abah…. Rina rasa Rina nak berhenti sekolah lah bah…..” terketar-ketar Rina berbicara.
“Kalau Rina berhenti bolehlah Rina membantu abah…. Rina faham abah memerlukan duit… banyak perbelanjaan abang Amin perlukan di Melaka tu…” Rina memberi penjelasan kepada Pak Mat.
“Janganlah Rina… abah tak nak tengok Rina tak de pelajaran, sekarang pelajaran penting…. Tak adil lah macam ni… abah bagi pelajaran yang cukup kepada abang Amin tapi Rina SPM pun tak habis….” Balas Pak Mat.
“Yeeee Rina…. Tak adil cam tu…kami akan berasa bersalah selamanya nanti…” sampuk Mak Kiah
“Tak lah macam tu mak…….. nak belajar bila-bila pun boleh mak… Sambil Rina kerja pun Rina boleh belajar….” jelas Rina
“ermmm terpulang pada kau lah Rina abah tak pernah paksa kau berhenti sekolah tapi kalau kau rasa itu jalan terbaik teruskan lah….” Jawab Pak Mat
Wednesday, April 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment