Entah mengapa hati Rina hari ini amat gelisah memikirkan masa depannya. Maklumlah sampai bilalah nak kerje kilang, bukan bermakna kerja kilang ini tak menjamin masa depan tapi dengan pendapatan 600 ringgit sebulan bolehkah mengubah nasibnya.
“Ermm… nak kata aku tak cantik… aku memang cantik… tinggi…. body aku memang mengancam & mengiurkan jantan-jantan kat luar tuuuu…. Tapi aku sekolah SPM pun tak lepas ermmmm….” Keluh hati kecil Rina.
Tapi Rina teringat motivasi yang diberi oleh Datuk Dr Fadzil Kamsan dalam TV3 tempoh hari, beliau menyebut impian kita akan tercapai bila kita ada keingginan yang tinggi tapi kalau pelajaran kita tinggi mana pun…. kalau tiada keingginan yang tinggi, macam mana nak capai impian tersebut.
“Betul jugak kan… keingginan aku memang tinggi tapi macam mana yek….” Rina mengelamun.
Rina memang bercita-cita untuk menjadi seorang yang kaya raya, kalau lihat pada penampilan Rina, pasti orang tak sangka SPM pun tak lepas. Penampilannya bagaikan Erra Fazira pelakon, penyanyi dan model terkenal, malah kalau orang tengok pasti takut nak tegur…. mengalahkan model…. Pernah satu hari di KLCC kawan-kawan Rina di kilang Motorola PJ terserempak dengan Rina. Mereka terkejut, perempuan yang lalu didepan mereka adalah Rina.
“Dahsyat betul Rina tu…. Aku ingat artis mana tadi… rupanya si Rina” kata Azlin kepada kawan-kawannya.
“Aku memang respect si Rina tu…. Dia punya keinginan yang tinggi… dia bukan macam kita…. macam katak dalam tempurung… walaupun dia sekolah tak tinggi tapi dalam hal tertentu dia pandai exposekan diri dia” celah Khatty.
“Alaaa…. kau nak tahu… dia tu malam-malam jadi GRO pas tu ada datuk bela dia” Mariam mencelah dengan perasaan cemburu.
“Kalau ada orang bela dia pun apa salahnya dia tu cantik…. Bukan macam kau… Ahmed bangla kat store kilang kita tu pun tak nak kau… ini kan datuk…” sambut Azlin, berdekah-dekah mereka ketawakan Mariam.
Memang terbukti Rina menjadi kegilaan lelaki-lelaki. Banyak fitnah selama ini yang Rina hadapi, pelabagai tohmahan mengatakan Rina ni kaki kikislah, GRO lah, Datuk bela lah…. macam-macam….
“Semua tu karut” bisik hati kecil Rina. “Malas aku nak layan dia orang tu…. ermmmm…. tapi kalau aku jadi macam tu bagus jugakkan… boleh aku ubah nasib aku…” akal jahat Rina tiba-tiba mengeluarkan idea.
Kehidupan Rina dimasa lampau amatlah daif, Rina dilahirkan dalam keluarga yang susah dan berasal dari Kampung Ulu Tembeling, Jerantut Pahang. Kampung tersebut memang terkenal dengan pendalamannya, kalau ingin kesana mengambil masa 4 jam perjalanan mengunakan bot, bergantung kepada paras air sungai.
Walaubagaimanapun umum mengetahui Kampung Ulu Tembeling merupakan tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Kampung Ulu tembeling merupakan pintu masuk ke Taman Negara. Pelbagai kawasan yang menarik ada di Taman Negara, antara yang terkenal ialah Gunung Tahan. Maka tidak hairanlah ramai pendaki-pendaki dalam dan luar Negara datang kesana.
Malah pencinta-pecinta alam pun amat mengemari pergi kesana kerana mereka beranggapan di Taman Negara mempunyai kekayaan flora dan faunanya dan amat sesuai untuk menjalankan penyelidikan. Mereka sering berkampung di sana berbulan-bulan lamanya. Di situlah Rina dapat pendedahan untuk menguasai Bahasa Inggeris, melalui pergaulannya dengan pelancong-pelancong yang datang kesana.
Di sekolah Rina merupakan seorang pelajar yang cemerlang, tetapi atas desakan ekonomi keluarganya menyebabkan Rina hanya sekadar dapat menghabiskan pengajiannya di tingkantan empat sahaja. Itu pun sampai pertengahan tahun sahaja.
Di sekolahnya Rina memang menjadi buruan pelajar-pelajar lelaki, malah ada dikalangan guru-guru lelaki pun tergila-gilakan Rina. Pernah berlaku satu kejadian pergaduhan diantara Cikgu Mazlan dengan Cikgu Ramly disebabkan masing-masing ingin menakluki hati Rina.
bersambung........
Nukilan
Jackloqman
Tuesday, April 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment